MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan SOALAN BERTULIS OLEH Y.B. ENCIK LOO AH DEE 10. Sila kemukakan jadual penyelesaian masalah banjir kilat di Lorong 4A dan 6A Taman Markisa, Seberang Perai Tengah. (a) Sila nyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap masalah tersebut. (b) Pada pendapat pihak yang berkenaan, sama ada tindakan yang diambil boleh menangani masalah yang berlaku ataupun hanya bertujuan sementara. (c) Sila nyatakan pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek tersebut dan peruntukan yang telah diperolehi untuk projek tersebut.
Dun -
Exco YB. DR. TENG HOCK NAN
Perkara Pengairan

Jawapan

Y.B. DR. TENG HOCK NAN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

10. Jadual penyelesaian masalah banjir kilat di Lorong 4A dan 6A Taman Markisa, Seberang Perai Tengah adalah seperti berikut:-

Projek Menaiktaraf Sistem Perparitan dan Kerja-Kerja Berkenaan

Kerja ukur - November hingga Disember
2001.

Kajian kebolehsanaan projek - Januari hingga Mac 2002

Rekabentuk terperinci - April hingga Mac 2002

Tender - Julai hingga September 2002

Pembinaan - Oktober 2002 hingga Januari 2003

Penyerahan - Febuari 2003


(a) Tindakan telah diambil oleh pihak pemaju seperti berikut:-

(i) Meninggikan tapak/lantai rumah-rumah yang terlibat.

(ii) Meninggikan paras jalan kawasan yang terlibat.

(b) Tindakan yang akan diambil oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai dijangka dapat menangani masalah banjir di Taman ini.

(c) Projek akan dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai dan peruntukan telah disediakan dalam tahun 2002 sebanyak RM100,000.00.

Kembali