MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan SOALAN BERTULIS OLEH Y.B. PUAN NG SIEW LAI 8. Adakah kerajaan negeri telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan syarikat-syarikat atau kilang-kilang di Negeri Pulau Pinang dapat mengamalkan kod menentang gangguan seksual (Code against sexual harassment) supaya masalah gangguan seksual pada pekerja-pekerja wanita dapat dielakkan.
Dun -
Exco YB. DATO' DR. TOH KIN WOON
Perkara Sosial

Jawapan

Y.B. DATO’ DR. TOH KIN WOON MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

8. Jabatan Buruh Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah-langkah seperti berikut :-

(i) Majikan-majikan diberi nasihat dan penerangan supaya dapat mempertingkatkan kesedaran mengenai betapa mustahaknya mengamalkan kod tersebut di tempat kerja.

(ii) Buku risalah Kod Amalan Untuk ‘Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja’ diedarkan percuma kepada semua majikan.

(iii) Pada 2.10.2001 – 4.10.2001 ILO/Japan Regional Tripartite Seminar On Action Against Sexual Harassment At Workplace in Asia And The Pacific Region diadakan di Pulau Pinang. Beberapa syarikat dijemput menghadiri upacara perasmiannya.

(iv) Bengkel Penyediaan Mekanisma Dalaman Bagi Menangani Gangguan Seksual Di Tempat Kerja dijalankan pada bulan Ogos 2000. Bengkel tersebut dihadiri oleh lebih kurang 300 majikan.

(v) Kerajaan negeri menyokong pandangan setengah Non-Government Organisation (NGO) bahawa Kod Amalan diubah menjadi rang undang-undang supaya keberkesanan membanteras gangguan seksual di tempat kerja dapat dipertingkatkan lagi. Kerajaan persekutuan khasnya Kementerian Sumber Manusia harus berbuat demikian dengan secepat mungkin.

Kembali