MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan SOALAN BERTULIS OLEH Y.B. PUAN TAN CHENG LIANG 35. Apakah yang telah terjadi kepada transfer station Bukit Minyak untuk toksik berjadual. Dimanakah toksik berjadual itu dibuang dan siapa yang menyelaraskan (monitor) perkara tersebut. Sila senaraikan kilang-kilang dengan jenis, jumlah toksik dan jadual mereka.
Dun -
Exco YB. DR. TENG HOCK NAN
Perkara Alam Sekitar

Jawapan

Y.B. DR. TENG HOCK NAN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

35. (i) Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan untuk mengadakan transfer station oleh Kualiti Alam Sdn. Bhd. ditangguhkan kerana terdapatnya kontraktor yang berkeupayaan menjalankan kerja-kerja pengangkutan, pemerolehan dan pelupusan terjadual dengan memuaskan. Walau bagaimanapun Kualiti Alam Sdn. Bhd. sedang menjalankan kajian terperinci yang mengambil kira semua aspek berkaitan dalam usaha mempastikan sama ada trasfer station perlu dibangunkan ataupun tidak di negeri ini.

(ii) Sebanyak 30.5% daripada jumlah buangan terjadual yang dihasilkan telah dihantar ke pusat pelupusan Kualiti Alam Sdn. Bhd. di Bukit Nanas, Negeri Sembilan dan premis kitar semula yang dilesenkan, sementara baki 69.5% lagi masih disimpan di premis kilang-kilang berkenaan. Sehubungan itu, bagi memastikan bahan buangan dikendali dengan sempurna dan kilang-kilang berkaitan mematuhi segala garis panduan dan syarat yang ditetapkan, Jabatan Alam Sekitar menguatkuasakan sepenuhnya garis panduan dan peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1996).

(iii) Sepanjang tempoh 1996 - 2000 terdapat sebanyak 638 buah kilang yang menghasilkan sebanyak 526,954 tan metrik buangan terjadual. Daripada jumlah tersebut sebanyak 95% ialah buangan dross/slag/clinker terhasil daripada industri peleburan besi dan logam, 3% enapcemar yang mengandungi logam berat terhasil daripada industri elektronik dan enapcemar yang mengandungi pigmen terhasil daripada industri tekstil dan pencetakan. Selebihnya ialah kain pencuci yang tercemar serta campuran bahan buangan terjadual, bahan buangan pelarat, asid dan minyak terpakai daripada kilang. Senarai industri yang menghasilkan buangan terjadual bagi tahun 2000 adalah seperti di lampiran.



SENARAI INDUSTRI YANG MENGHASILKAN BUANGAN
TERJADUAL BAGI TAHUN 2000

INDUSTRI KUANTITI (KG) PERATUS BUANGAN

JENIS BIL BAGI TAHUN TERKUMPUL (A) (A/BX100)

1. Elektrik 190 7060613 6427941 1.22
2. Getah 18 612414.3 150449 0.029
3. Kertas 51 204374.7 283854 0.054
4. Kimia 42 888300.2 53263391 10.101
5. Makanan/Mineral 10 59717 29932.84 0.006
6. Bengkel 15 20887.42 80987 0.015
7. Tekstil 21 474405.5 4332027 0.822
8. Logam 164 98411654.82 461470619.4 87.573
9. Plastik 71 9210103 156831 0.03
10. Ind. Alat Angkut/
S. Minyak 12 69075.71 710761 0.135
11. Klinik 36 16585829.9 39697 0.008
12. Papan 8 11512.63 6295 0.001
-----------------------------------------------
JUMLAH 638 133608888.18 526952785.24 100


Kembali