MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan SOALAN LISAN OLEH Y.B. ENCIK HILMI BIN HAJI ABDUL RASHID 67. Perkhidmatan feri oleh Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) bertambah baik sejak kebelakangan ini walaupun waktu menunggu tidak menentu dan perkhidmatan feri akan diperbaiki untuk memberi keselesaan kepada orang ramai. (a) Apakah yang sedang dirancang oleh PPSB untuk memperbaiki mutu perkhidmatan feri kepada orang ramai. (b) Bilakah perkhidmatan feri dua tingkat untuk membawa kenderaan akan dimulakan. (c) Apakah rasional di sebalik penggunaan warna baru untuk feri yang akan beroperasi. Adakah ianya membawa imej PPSB atau Kerajaan Negeri atau imej lain. (d) Apakah kerja-kerja pengubahsuaian dan menaiktaraf yang sedang dilakukan oleh PPSB di Pengkalan Raja Tun Uda dan Pengkalan Sultan Abdul Halim untuk kemudahan orang ramai. (e) Sila senarai jumlah pengguna feri dan kenderaan untuk tempoh tahun 1995 hingga 2001 serta tambang menggunakan feri. Senaraikan keuntungan dan kerugian perkhidmatan ini bagi tempoh yang sama.
Dun -
Exco YB. DATO' KOAY KAR HUAH
Perkara Pengangkutan Awam

Jawapan

Y.B. DATO’ KOAY KAR HUAH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI


67. (a) Beberapa langkah sedang diambil oleh Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) untuk memperbaiki mutu perkhidmatan feri kepada orang ramai. Antara langkah-langkah yang diambil ialah:

(i) melancarkan operasi feri kenderaan dua tingkat mulai 15 September 2001. Feri Pulau Kapas telah diubah suai untuk membawa kenderaan sahaja.

(ii) membuat kajian untuk mengubah suai feri untuk membawa kenderaan sahaja dan menggunakan sama ada bas ataupun bot laju untuk membawa penumpang.

(iii) membeli dua buah feri kenderaan baru bernilai RM30 juta yang dijadualkan beroperasi mulai awal tahun 2002

(iv) memperbaiki kemudahan awam terutamanya menaik taraf tandas kepada lima bintang

(b) Feri kenderaan dua tingkat untuk membawa kenderaan telah mula beroperasi sejak 15 September 2001.

(c) Penggunaan warna baru untuk feri ialah untuk selaras dengan matlamat PPSB sebagai sebuah badan korporat yang unggul serta bertujuan mencantikkan kawasan pelabuhan. Warna biru dan kuning pada feri Pulau Talang-Talang memberi pandangan yang menarik di kawasan perairan. Di samping itu juga, biru dan kuning merupakan warna korporat PPSB dan juga Kerajaan Negeri.

(d) Kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf yang sedang dilakukan oleh PPSB di Pengkalan Raja Tun Uda dan Pengkalan Sultan Abdul Halim ialah penyediaan bumbung bagi keselesaan penumpang berteduh di kawasan tempat menunggu dan kawasan yang menuju ke feri.

(e) Jumlah pengguna feri dan kenderaan untuk tahun 1995 hingga Jun 2001 adalah seperti berikut:



Tahun Pengguna Basikal Motosikal Kereta Lori
Pejalan kaki
_______ __________ ________ _________ ______ ____

1995 6,420,131 113,208 2,716,328 966,267 178,218

1996 5,801,723 98,585 2,638,779 964,815 173,398

1997 4,324,149 82,605 2,540,314 946,744 148,314

1998 3,993,651 69,313 2,257,710 877,208 130,681

1999 3,598,318 65,143 2,236,920 878,504 114,385

2000 3,275,174 49,846 2,031,663 830,099 95,544

2001 1,521,179 21,831 1,022,541 449,976 43,554
(Jun)


Tambang perkhidmatan feri bagi tahun 1995 hingga kini ialah seperti berikut:

Pengguna Tambang (RM)

1. Pejalan Kaki
Dewasa 0.60
Kanak-Kanak 0.30

2. Tiket/Pas Bulanan
Dewasa (untuk 2 bulan) 20.00
Murid Sekolah (untuk 2
bulan) 4.00

3. Kenderaan
Basikal 0.70
Motosikal 1.40
Beca/Motosikal beroda tiga 3.00
Kereta 7.00

Lori

Lori 4 roda 12.00
Lori 6 roda 25.00

(f) Pendapatan, perbelanjaan dan untung/rugi bagi perkhidmatan feri yang dikendali oleh PPSB bagi tempoh 1995 hingga Mei 2001 ialah seperti berikut:

1995(RM) 1996(RM) 1997(RM) 1998(RM) 1999(RM) 2000(RM) 2001(RM)
Pendapatan

Lori 1,759,900 1,808,900 1 ,924,700 1,704,900 1,486,300 1,227,900
Kereta 4,572,900 4,873,100 6,270,400 5,816,900 5,847,800 5,443,200 2,286,300

Motosikal 3,091,500 3,088,500 3,390,600 3,022,100 3,024,800 2,717,900 1,065,500
Basikal 53,900 49,400 57,300 55,000 45,500 34,300 11,800
Pejalan 2,432,600 2,361,100 2,466,200 2,291,000 2,058,900 1,805,700 687,200
Kaki
Lain-Lain
Bayaran 29,800 22,000 15,600 1,900 23,300 14,800 600
Lain-lain
Pendapatan 18,700 127,600 104,300 20,600 32,900 49,700 24,700
Jumlah
Pendapatan 11,959,300 12,330,800 14,229,100 12,912,400 12,519,500 11,293,500 4,076,200

Perbelanjaan

Perbelanjaan
Pengurusan 14,566,100 15,958,400 17,088,400 17,532,700 15,990,300 19,714,100 8,103,100

Lebihan/ (2,606,800) (3,627,600) (2,859,300) (4,620,300) (3,470,800)(8,420,600) (4,027,000)
Defisit
Pengurusan

Susut 483,500 452,600 459,600 465,200 466,100 466,100 189,100
Nilai

Faedah 0 0 0 0 0 0 0

Perbelanjaan
Bukan
Pengurusan 483,500 452,600 459,600 465,200 466,100 466,100 189,100

Lebihan
/Difisit (3,090,300) (4,080,200) (3,318,900) (5,085,500) (3,936,900) (8,886,700) (4,216,100)
Setelah
Susut Nilai
& Faedah
Pinjaman
Kembali