MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan SOALAN BERTULIS OLEH Y.B. ENCIK LOO AH DEE 18. Sila beri penjelasan, mengapa kerja membaiki dan menggantikan paip bekalan air lama dihentikan. Adakah tindakan tersebut akan mengancam kualiti bekalan air.
Dun -
Exco YB. DATO' KOAY KAR HUAH
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan

Y.B. DATO’ KOAY KAR HUAH MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI


18. Kerja membaiki dan mengganti paip tidak dihentikan. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk maksud demikian dalam tahun 2000 dan telah memperuntukkan sebanyak RM9 juta untuk tahun 2001 dan RM 13 juta untuk tahun 2002.

Pengsempelan air minum diambil oleh Jabatan Kesihatan tiap-tiap minggu untuk analisa. Lebih kurang 5,000 sempel diambil setiap tahun di seluruh Negeri Pulau Pinang. Tahap pematuhan kualiti air oleh PBAPP adalah di antara yang terbaik sekali dalam seluruh negara.

PBAPP juga ada prosedur untuk menjamin supaya air yang dibekalkan kepada pengguna selepas pembaikan paip adalah bersih.

Kembali