Jawapan
Y.B. DR. TENG HOCK NAN MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
81. MPPP tidak mempunyai kuasa menyaman kereta-kereta yang diletakkan di garisan kuning. Walau bagaimanapun, mengikut Perintah Tempat Letak Kereta (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) 1992, MPPP mempunyai kuasa menyaman kereta yang diletakkan di luar petak letak kereta yang ditetapkan. Kekeliruan telah timbul apabila MPPP menyaman kereta mengikut peruntukan Perintah yang dinyatakan di atas apabila secara kebetulan kereta itu diletakkan di garisan kuning. Dalam hal ini, tindakan MPPP adalah berdasarkan kepada kereta itu tidak diletakkan di dalam petak letak kereta yang ditetapkan dan bukan disebabkan kereta itu diletakkan di garisan kuning. Untuk makluman Y.B., pihak Polis mempunyai kuasa menyaman kereta yang diletakkan di garisan kuning mengikut peruntukan Kaedah Tanda (Saiz, Warna dan Jenis) 1959.