Jawapan
Y.B DATO’ DR. HILMI BIN HJ. YAHAYA MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
1. Tindakan mengenai masalah pencemaran kuari di Kawasan Penanti yang menjejaskan kesihatan penduduk :
(a) Jabatan Alam Sekitar telah mengarahkan pihak kuari yang dikesan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar iaitu KUAD Sdn. Bhd. supaya memasang loji premix baru menggantikan loji lama. Loji baru ini terletak jauh daripada rumah kediaman dan selepas pemeriksaan didapati operasinya adalah memuaskan. Pihak kuari juga diarah mencuci tayar lori sebelum keluar daripada tapak kuari dan laluan-laluan lori dari tapak kuari ke jalan besar kerap disiram air untuk mengatasi masalah habuk terbang.
(b) Ada di antara kuari itu telah diambil tindakan undang-undang dengan dikenakan kompaun dengan denda sebanyak RM8,000.00
(c) Sehingga ini tiada kuari yang diarah tutup disebabkan melanggar peraturan-peraturan yang dikenakan.