MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan 27. Bagaimanakah kerajaan negeri dapat menentukan pelancong-pelancong luar negeri yang datang ke Pulau Pinang adalah terdiri daripada pelancong pengubatan. Sila jelaskan bagaimana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dapat mengumumkan sebanyak enam puluh ribu pelancong pengubatan yang melawat ke Pulau Pinang setahun. Nyatakan butir-butir dan angka-angka yang terperinci termasuk bilangan yang menginap di hotel dan bilangan pesakit yang dirawat di hospital masing-masing dalam tahun 2001 dan sehingga September tahun ini.
Dun -
Exco YB. DATO' KEE PHAIK CHEEN
Perkara Pelancongan

Jawapan
27. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kajian yang dijalankan pada tahun 2001 mengenai pesakit luar negara di 7 buah hospital swasta seperti berikut telah menunjukkan bahawa bagi tempoh bulan Januari – Oktober 2001 seramai 60,033 orang pesakit luar negara telah mendapat rawatan di hospital swasta sebagaimana yang diumumkan oleh saya pada masa tersebut :

1. Loh Guan Lye Specialist Centre
2. Gleneagles Medical Centre
3. Penang Adventist Hospital
4. Mount Miriam Hospital
5. Hospital Pantai Mutiara
6. Island Hospital
7. Lam Wah Ee Hospital

Walau bagaimanapun mengikut laporan bagi tempoh Januari – Disember 2001 seramai 71,474 orang pesakit luar negara telah mendapat rawatan di hospital-hospital swasta.


Manakala bagi tempoh setengah tahun pertama 2002 sebanyak 43,478 orang telah mendapat rawatan di hospital-hospital swasta di atas. Kebanyakkan mereka yang mendapat rawatan perubatan adalah berasal daripada negara Indonesia. Kerajaan negeri menjangka jumlah yang dicatat ini akan mencapai 80,000 orang menjelang bulan Disember 2002.


Mengikut Kajian Profil Pelancong (Visitor Profile Survey) yang dijalankan oleh pihak DCT Consultancy Services Sdn Bhd, tempat-tempat penginapan pelancong perubatan adalah seperti berikut :-


Jenis Penginapan Rawatan Kesihatan(%)
Hotel bandar (City hotel) 63.0
Pangsapuri perkhidmatan (Services Apartments) 3.7
Rumah kawan/saudara-mara (Friend’s/ relative’s house) 33.3



















Kembali