Jawapan
2. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) akan melaksanakan pembangunan di atas lot PT. 28 dan PT. 29, Mk. 16, Sungai Dua seluas 98 ekar milik PERDA dengan projek perumahan bercampur mulai penghujung tahun 2002.
Projek ini akan melibatkan penempatan semula seramai 37 buah keluarga di tapak penempatan semula yang disediakan oleh PERDA di lot 81, Mk. 10, Sungai Dua, Seberang Perai Utara dan di sebahagian lot PT. 28, Mk. 16, Sungai Dua, Seberang Perai Utara. Senarai penduduk yang terlibat dengan program penempatan semula adalah seperti berikut:
1. Darus bin Sidek
2. Osman bin Saad
3. Roslan bin Yaakob
4. Mohamed bin Shaari
5. Ramlah binti Ismail
6. Siti Jamaliah binti Saad
7. Rohani binti Yaakob
8. Abu Bakar bin Khalid
9. Yusop bin Khalid
10. Mohd. Yunus bin Abdullah
11. Fatimah binti Hassan
12. Man bin Ibrahim
13. Abd. Lah bin Jadi
14. Fouziah binti Mohd. Saad
15. Baharom bin Zakaria
16. Che Membunga binti Abdullah
17. Sity Jawiah binti Hassan
18. Mohd. Zain bin Baharom
19. Salamah binti Thalasha
20. Siti Rahana binti Yusop
21. Azman bin Abu Bakar
22. Ramlan bin Omar
23. Hasenah binti Mohamad
24. Romli bin Saad
25. Sulaiman bin Aziz
26. Omar bin Ahmad
27. Md. Desa bin Man
28. Ramli bin Teh
29. Mahmud bin Saleh
30. Mahamud bin Sharif
31. Musa bin Ahmad
32. Mohd. Fauzi bin Mahmud
33. Saidin bin Ishak
34. Che Dah binti Saad
35. Bakar bin Mahamed
36. Mat Esa bin Salleh
37. Abu Hassan bin Che Man
Tapak penempatan semula penduduk disediakan lengkap dengan kemudahan infrastruktur seperti jalan tar, longkang, bekalan air dan api yang memenuhi piawaian Pihak Berkuasa Tempatan serta mempunyai hak milik berasingan. PERDA akan menjual tapak-tapak penempatan semula tersebut kepada penduduk terlibat pada harga RM10,000.00 bagi lot standard bersaiz 40’ x 60’ berbanding harga kos sebanyak RM28,608.00. Penduduk juga akan diberikan elaun sewa rumah sebanyak RM400.00 sebulan bagi tempoh tiga bulan bagi membolehkan pemindahan dan pembinaan semula rumah di tapak penempatan yang disediakan.
PERDA tidak berhasrat untuk menyediakan tapak penempatan semula tersebut secara percuma kerana PERDA telah pun membayar pampasan pemilik tanah dan pemilik bangunan-bangunan yang terlibat pada tahun 1992 dan 1996. Ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 66. Akta pengambilan Tanah 1960 (pindaan 1997) yang menjelaskan bahawa tanah yang diambil balik hendaklah diserah kosong (vacant possession) kepada agensi kerajaan yang memohon dan bebas daripada bebanan. Bagaimana pun PERDA menanggung perbelanjaan menyediakan setiap lot pemindahan penduduk yang terlibat sebanyak lebih RM18,000.00 bagi satu lot.