MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan 15. (a) Sila nyatakan jumlah penduduk di Pulau Pinang yang telah melebihi umur 56 tahun. Berapakah bilangan rumah orang-orang tua yang terdapat di Pulau Pinang pada tahun 2001 dan 2002, sila senaraikan. Sila nyatakan bilangan penghuni di setiap rumah orang-orang tua tersebut pada tahun 2001 dan 2002. (b) Adakah rumah orang-orang tua tersebut mempunyai ruang untuk menampung bilangan orang-orang tua yang semakin meningkat.
Dun -
Exco YB DATO' DR RAJAPATHY A/L KUPPUSAMY
Perkara Keselamatan Negara

Jawapan
15. (a) Mengikut banci penduduk dan perumahan 2000, jumlah penduduk Pulau Pinang yang telah melebihi umur 56 tahun adalah seramai 145,206 orang seperti pecahan berikut:


KUMPULAN UMUR BILANGAN
55 hingga 59 tahun 41,740
60 hingga 64 tahun 38,135
65 hingga 69 tahun 24,502
70 hingga 74 tahun 19,502
75 ke atas 21,327

Jumlah 145,206



Dalam menyediakan bantuan kepada golongan ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Orang Tua Berkeupayaan (BOT) yang diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan. Bantuan ini diberikan kepada individu yang berpendapatan kurang daripada RM400 sebulan.

Di Negeri Pulau Pinang, terdapat sebanyak 14 buah rumah orang tua yang diuruskan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta/persendirian. Senarai rumah orang-orang tua dan bilangan penghuni rumah orang-orang tua tersebut pada tahun 2001 dan 2002 adalah seperti berikut:-

BIL. INSTITUSI ORANG TUA BIL. PENGHUNI
2001 2002

1. Rumah Orang Tua Jubli Perak,Jalan Sungai Dua,
11750 Pulau Pinang. 233 225

2. Rumah Orang Tua Uzur Pulau Pinang,409 Jalan
Masjid Negeri,11600 Pulau Pinang. 238 256

3. Rumah Orang Tua Little Sister’s Off the Poor,
79 Lorong Batu Lanchang,11400 Pulau Pinang. 134 132

4. Rumah Sejahtera Permatang Tinggi,Permatang
Tinggi,11400 Bukit Mertajam. 65 62

5. Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris,
Permatang Tok Gelam,Penaga. 10 10


6. Rumah Orang tua Islam Tidak Berwaris,
Kubang Semang,14000 Bukit Mertajam. 2 2

7. LOTUS Nursing Home,Jalan Sotland,
Pulau Pinang. 28 32

8. Lerling Home,Tanjung Bungah,Pulau Pinang. 9 14

9. Betheseda Home,Babington Avenue,Pulau Pinang. 10 15

10. Pusat Jagaan Orang Tua Tulip,
Batu Feringghi,Pulau Pinang. 5 6

11. Aspire Nursing Home,Pulau Pinang. 8 18

12. Evershine Home,Edgecumb Road,
Pulau Tikus,Pulau Pinang. 33 42

13. Team Care Centre,Tanjung Bungah,Pulau Pinang. 16 16

14. Valvet Glory,Jalan Scotland,Pulau Pinang. 30 30


(b) Keperluan/permintaan untuk penempatan orang-orang tua adalah tinggi dan bertambah dari masa ke masa. Keadaan ini menjadikan bilangan rumah orang-orang tua tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan hidup orang tua selaras dengan pembangunan negara, usaha menubuhkan rumah orang-orang tua boleh dilakukan melalui kaedah smart partnership di antara kerajaan dan NGO atau pihak swasta.


Kembali