MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan 50. Mengenai persempadanan semula kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen, kenapakah kerajaan negeri tidak menambahkan satu lagi kawasan Dewan Undangan Negeri di dalam Kawasan Parlimen Permatang Pauh yang jumlah pengundi di kawasan berkenaan sudah melebihi 50,000 sedangkan kawasan yang mempunyai jumlah pengundi yang serupa iaitu Kawasan Bukit Bendera dapat dipecahkan sehingga empat kawasan Dewan Undangan Negeri. Apakah kerana ianya merupakan kawasan Y.A.B. Ketua Menteri mewakili kawasan tersebut.
Dun -
Exco Y.A.B. KETUA MENTERI
Perkara Pentadbiran

Jawapan
50. Mengikut Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah untuk menentukan jumlah kawasan dan persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya di seluruh negara, termasuk bagi negeri Pulau Pinang.

Pada pandangan saya, SPR mempunyai rasional dan logiknya untuk menambahkan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadikan empat kerusi DUN, dalam kawasan parlimen Bukit Bendera kerana ianya merupakan kawasan parlimen yang terbesar dalam negeri dengan seramai 64,666 orang pengundi. Disebaliknya, kawasan parlimen Permatang Pauh dengan hanya 52,271 orang pengundi tidak diberi tambahan kerusi DUN dan terus dikekalkan dengan tiga.

Sepatutnya Ahli Yang Berhormat perlu mengemukakan representasi (rayuan) dan cadangan balas kepada SPR dalam perkara ini mengikut prosedur yang ditetapkan kerana setiap rayuan dari perayu dan pengundi-pengundi di sesuatu kawasan yang terlibat akan didengar oleh SPR dan diberi penjelasan oleh SPR sewajarnya.



Kembali