MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan SOALAN BERTULIS OLEH Y.B. ENCIK MOHD. HAMDAN BIN ABD. RAHMAN 3. Bolehkah Y.A.B. Ketua Menteri memberitahu mengenai hasrat Persatuan Buddha untuk mendirikan sebuah hospital swasta serta pusat dialisis di atas lot-lot 2005, 2006, 5801, 5802, 5803, 5804, 5762 dan 1658 Mukim 12, Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Apakah pandangan kerajaan negeri berhubung dengan hasrat tersebut.
Dun -
Exco YB DATO' DR. RAJAPATHY A/L KUPPUSAMY
Perkara Kesihatan

Jawapan

Y.B. DATO’ DR. RAJAPATHY A/L KUPPUSAMY MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

3. Kerajaan negeri mengalu-alukan hasrat Persatuan Buddha untuk mendirikan sebuah hospital dan pusat dialisis di Daerah Barat Daya kerana ini dapat menolong dan memberi perkhidmatan perubatan dan dialisis kepada penduduk setempat memandangkan terdapat hanya sebuah hospital kerajaan dan sebuah hospital swasta dan tiada kemudahan pusat dialisis di Daerah Barat Daya.

Pentadbiran Pejabat Tanah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah menerima permohonan cadangan merancang untuk mendirikan 1 blok bangunan 2 hingga 7 tingkat Pusat Kesihatan Dialisis daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang bertarikh 10 Mei 2000 ke atas Lot 2005, 2006, 5801, 5802 dan 5803, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Pentadbiran daerah telah memberi ulasan tiada halangan di atas permohonan tersebut melalui surat bertarikh 25 Mac 2002.

Kesemua tanah-tanah tersebut merupakan tanah milik persendirian iaitu :

(i) Lot 2005 (Geran Mukim No.58 “First Grade”
(Tan Chi Keong, Koay Chve Beng, Lim Chin See)
(ii) Lot 2006 (Geran Mukim No.59 “First Grade”
(Tan Chi Keong, Koay Chve Beng, Lim Chin See)
(iii) Lot 5801 (Geran Mukim No.1174 “First Grade”
(Tan Chi Keong, Koay Chve Beng, Lim Chin See)
(iv) Lot 5802 (Geran Mukim No. 1175 “First Grade”
(Tan Chi Keong, Koay Chve Beng, Lim Chin See)
(v) Lot 5803 (Geran Mukim No.646 “First Grade”
(Tan Chi Keong, Koay Chve Beng, Lim Chin See)

Dari segi kesihatan, kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa halangan atas cadangan projek pembinaan tersebut di atas dengan syarat pihak Persatuan Buddha hendaklah memperolehi lesen di bawah Akta Hospital Persendirian dan Peraturan-peraturan Hospital Persendirian 1973.



Kembali