Jawapan
3. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sememangnya mempunyai cadangan untuk menaiktaraf Pasar Chowrasta. Kerja-kerja dijadualkan bermula pada Mac 2003 dan dijangka siap pada Julai 2003.
Kerja-kerja menaiktaraf yang dicadangkan termasuk penyediaan lif, escalator, pembinaan gerai-gerai tambahan serta penyusunan semula gerai-gerai yang sedia ada. Langkah-langkah tersebut tentu akan membantu para peniaga di dalam pasar ini.
MPPP juga merancang untuk memasukkan kesemua peniaga-peniaga tanpa izin yang terdapat di sekitar Jalan Kuala Kangsar, Lebuh Tamil dan Jalan Chowrasta yang kini menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekeliling.