MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan 94. Sila berikan laporan yang berkaitan dengan semua aktiviti, projek, kos yang terlibat, bilangan pakar dan pencapaian di pusat bersama di antara kerajaan negeri dengan Universiti Sains Malaysia.
Dun -
Exco Y.B DATO' DR. TOH KIN WOON
Perkara Pendidikan

Jawapan
94. Kerajaan negeri sedang dalam proses merangka satu perjanjian kerjasama dengan USAINS Holding Sdn. Bhd, sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Syarikat dan dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Sains Malaysia untuk membina Pusat Persepakatan Sumber dan Penyelidikan atau “ Collaborative Research & Resource Centre”(CRRC) .

CRRC, pada masa kini berfungsi secara ad-hoc di bawah jawatankuasa pengurusan interim yang terdiri daripada ahli-ahli berikut :

Jawatan Ahli Bidang

Pengerusi Dato’ Dr Toh Kin Woon Negeri/PECO
Ahli 1 Dr. Gan Ee Kiang USAINS
Ahli 2 Mr. Yoon Chon Leng Industri (Agilent)
Ahli 3 Dr. Ahmad Farhan Fatullah EITD (USM)
Ahli 4 Prof. Ramli Muhamad IPS (USM)
Ahli 5 Dato’ Boonler Somchit PSDC/PECO
Ahli 6 Dato’ BJ Yeang PDC/PECO
Ahli 7 Mr. Loh Swee Heong Industri (Quantum)
Ahli 8 Dato’ Tan Yew Thong Industri IKS/E

Hal-hal kesetiausahaan kini dibantu oleh staf dari USAINS Holding Sdn Bhd yang terletak di Universiti Sains Malaysia.

Kerajaan negeri telah mengetepikan sebanyak RM 100,000.00 daripada peruntukan HRD untuk membantu CRRC dalam semua aktiviti dan program yang terlibat.

Di antara aktiviti utama CRRC adalah seperti berikut :

1. Menyediakan dan menyusun satu direktori kepakaran, sumber, kemudahan R&D yang terdapat daripada ahli organisasi berdaftar yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan organisasi seperti PSDC, PDC, dan USM dalam usaha untuk mempromosi Pulau Pinang sebagai pusat penyelidikan & pembangunan serta rekabentuk dan pembangunan produk. USAINS kini sedang menyusun dan memuktamadkan format direktori dan senarai pakar- pakar Universiti .

2. Menubuh dan mengurus satu mekanisme clearing house untuk penggunaan secara bersama kakitangan dan sumber-sumber . Ini boleh dicapai dengan mudah jika ahli organisasi memaklumkan secara terperinci kepada sekretariat tentang apa tawaran mereka dan apa kehendak mereka. Ia bergantung kepada sekretariat (dan USAINS) untuk memadankan keperluan dan keupayaan atau kemampuan. Ini termasuk satu clearing house untuk penempatan dan pertukaran perlantikan sabatikal, latihan semasa cuti pelajar, penempatan kakitangan sementara dengan pasukan petugas pengajar teaching task force untuk kursus sijil CRRC . Usaha kini sedang dibuat untuk menempatkan seorang profesor universiti yang sedang bercuti sabatikal dalam salah sebuah kilang tersebut.

3. Berdasarkan keperluan, untuk mengabungkan pasukan petugas pengajar teaching task force yang akan menawarkan kursus pembangunan iktisas yang dimiliki oleh pakar-pakar bagi mendapatkan kelayakan atau ijazah profesional yang diiktiraf bukan sahaja dalam bidang teknikal tetapi juga dalam bidang-bidang kesihatan dan keselamatan pekerja , serta alam sekitar. Sebagai contoh, pasukan petugas pengajar teaching task force untuk sijil dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh dibina oleh individu-individu daripada universiti dan industri yang mempunyai kelayakan profesional yang boleh menjadi pengajar. USAINS / PSDC telah ditubuhkan untuk menganjurkan kursus-kursus jangka pendek yang tersebut di atas.

4. Melalui hubungan dengan USM, untuk mengenalpasti dan menyebarkan maklumat tentang potensi kerjasama dalam projek R & D dan sumber pembiayaannya supaya cadangan USM/Industri akan mendapat kelebihan kerana mempunyai hubungan industri-universiti yang kuat. Satu bengkel/seminar sedang dirancang untuk membangunkan hubungan antara IKS dan sumber penyelidikan universiti.

5. Menggalakkan dan mempercepatkan kerjasama berterusan dalam bidang pendidikan antara syarikat-syarikat dan universiti awam dan swasta. Walaupun USM adalah sasarannya, dalam bidang di mana USM/Industri tidak mempunyai kepakaran, CRRC boleh merujuk kepada universiti dalam atau luar negara.

6. Menjadi medan khas untuk memadankan peluang pekerjaan dalam industri di Pulau Pinang dengan graduan dan bakal graduan daripada USM atau sumber lain.

7. Memadankan kelebihan asas dan penemuan berdasarkan keutamaan antara semua pihak dengan sentiasa mengadakan mesyuarat dan seminar untuk bertukar-tukar idea dan hasil keputusan melalui seminar pemasaran dan teknikal.

8. Mengekalkan program masa depan dalam kemajuan teknologi.

Spesifikasi tugas CRRC adalah seperti berikut:-

1. Berfungsi sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO)
2. Bekerjasama dengan Industri/USM
3. Memacu strategi-strategi yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan
4. Sebagai sumber perniagaan, peluang dan pengetahuan.

Perincian kos (2 tahun) dan sumbangan program CRRC
adalah seperti berikut :-
PERKARA RM
1. Geran Kerajaan Negeri

Gajian/elaun untuk Penyelaras 100,000.00
Gaji kerani/ setiausaha 16,000.00
Perbelanjaan operasi 34,000.00
JUMLAH KECIL 150,000.00


2. Sumbangan Industri /USAINS/USM
Sewa Pejabat 16,000.00
Infrastruktur 38,000.00
Sumbangan Perbelanjaan Operasi 46,000.00
JUMLAH KECIL 100,000.00

JUMLAH BESAR 250,000.00


Sehingga kini, tiada perbelanjaan dikeluarkan daripada peruntukan yang telah dipersetujui dan tiada pelantikan telah dibuat. Jawatankuasa pengurusan interim sedang meneruskan usaha mencari calon yang sesuai sementara sokongan dari segi keperluan sekretariat dan pentadbiran buat masa ini disediakan oleh USAINS dan PSDC.


Kembali