MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Dato’ Abdul Latiff b. Mirasa) bertanya kepada Ketua Menteri: 6. Sila nyatakan status penswastaan pengurusan pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bagi MPSP dan MPPP.
Dun -
Exco TIMBALAN KETUA MENTERI
Perkara ADUN

Jawapan
Jawapan oleh Y.A.B. Ketua Menteri:

6. Penswastaan pengurusan sisa pepejal seluruh negara akan dilaksanakan apabila tanggungjawab terhadap pengurusan sisa pepejal dipindahkan kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Rang Undang-undang Pengurusan Sisa Pepejal yang akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi. Sebelum penswastaan sebenar, pengambilalihan pengurusan sisa pepejal secara interim telah diputuskan diadakan untuk semua Pihak Berkuasa Tempatan sebelum akhir tahun 1998. Pengambilalihan secara interim bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai dicadang diadakan serentak dan akan dilaksanakan apabila beberapa isu pokok yang dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri diperjelaskan dan terma-terma serta syarat-syarat perjanjian interim dimuktamadkan.

Rundingan mengenai terma-terma dan syarat-syarat perjanjian interim berada dalam peringkat akhir dan apabila dimuktamadkan akan dibawa untuk keputusan Pihak Berkuasa Negeri. Tarikh pengambialihan secara interim belum diputuskan kerana Kerajaan Negeri berkehendakkan penjelasan tentang beberapa isu demi memastikan kepentingan Kerajaan Negeri, rakyat dan pekerja-pekerja MPPP/MPSP adalah terpelihara.
Kembali