MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
24/10/2011
Soalan Atas inisiatif kerajaan negeri, berapakah jumlah koperasi yang telah berjaya di wujudkan sejak tahun 2008 dan apakah kejayaan bagi setiap koperasi ini sehingga kini? Berapakah jumlah mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan berkaitan koperasi telah diadakan, pecahan mengikut tahun dan apakah program serta kejayaan yang telah dicapai oleh jawatankuasa ini?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
13. Di atas inisiatif Kerajaan Negeri, sebanyak 39 buah koperasi telah berjaya ditubuhkan sejak tahun 2008. Koperasi-koperasi yang ditubuhkan telah berjaya mengusahakan perniagaan dan menawarkan perkhidmatan di beberapa bidang seperti berikut:-

i. Kerja-kerja pendawaian elektrik;
ii. Kerja kimpalan dan fabrikasi logam;
iii. E-tuisyen;
iv. Kedai runcit;
v. Pusat scuba diving dan rekreasi
vi. Teksi,
vii. Kedai perkakasan kereta;
viii. Kuih tradisional;
ix. Air mineral;
x. Jus Limau Kasturi;
xi. Butik pakaian; dan
xii. Homestay.


Mesyuarat MMK Koperasi diadakan 4 kali setahun. Sejak 2008, sebanyak 15 mesyuarat telah diadakan iaitu bersamaan 4 kali mesyuarat pada setiap tahun dalam tahun 2008, 2009 dan 2010 dan 3 kali pada tahun 2011. Antara program-program yang telah dilaksanakan di bawah jawatankuasa ini adalah seperti berikut:-

i. Karnival Malaysia Inovatif;
ii. Karnival Koperasi;
iii. Bengkel Khas Gabungan Koperasi;
iv. Lawatan Sambil Belajar Koperasi Negeri Pulau Pinang ke Johor dan Negeri Sembilan;
v. Taklimat Peluang-peluang Keusahawanan Koperasi dan Sesi Dialog Bersama Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan yang terlibat;
vi. Kursus Pengurusan Kewangan Keluarga;
vii. Taklimat Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang;
viii. Program Friendship Fest Penang International Co-operative & Trade Expo;
ix. Program Keurusetiaan Jawatankuasa MMK Koperasi;
x. Kursus Pengurusan Mesyuarat dan Penyediaan Minit Mesyuarat Berkualiti Untuk JKKK Daerah Seberang Perai Utara;
xi. Kursus Asas Pelaburan Koperasi; dan
xii. Bengkel Asas Memproses Mee Kuning.
Kembali