MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
24/10/2011
Soalan Masalah kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kereta kian bertambah buruk di kawasan Padang Tembak. Adakah pihak berkenaan mempunyai penyelesaian yang setimpal dan apakah langkah-langkah penyelesaian yang telah diambil?
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
8. MPPP telah mengambil tindakan berterusan sejak tahun 1970-an untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan Padang Tembak. Tindakan-tindakan yang telah diambil adalah:

(i) Menempatkan semula penjaja di tepi jalan ke bangunan tapak penjaja bersebelahan Blok H dan Blok J, Rumah Pangsa Kos Rendah Padang Tembak.

(ii) Mengeluarkan kawalan lampu isyarat di persimpangan Jalan Padang Tembak / Jalan Ayer Itam untuk melicinkan aliran lalu lintas.

(iii) Membina lay-by untuk perhentian-perhentian bas agar gangguan kepada aliran lalu lintas semasa bas berhenti untuk mengambil dan mengurangkan penumpang diminimakan.

(iv) Mengetar ruang di tepi jalan bertentangan rumah pangsa kos rendah Blok F dan Sekolah Kebangsaan Padang Tembak untuk membolehkan pengguna meletakkan kenderaan.



(v) Membina pelantar mengawal kelajuan kenderaan serta lintasan pejalan kaki berlampu isyarat untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan gangguan kepada aliran lalu lintas akibat tindakan orang ramai yang melintas secara sembarangan.

(vi) Mengubahsuai bebendul jalan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya agar kenderaan boleh diletak di atas bahu jalan.

(vii) Menyediakan tempat letak kenderaan terbuka di tepi Sekolah Kebangsaan Padang Tembak (bersebelahan bangunan Pasar Padang Tembak).

(viii) Membina laluan pintas dari Jalan Padang Tembak ke Jalan Batu Gantung dengan membina jalan sambungan Jalan Lumba Kuda.

MPPP juga berusaha mencari penyelesaian secara menyeluruh untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kenderaan dengan menambah baik perkhidmatan bas awam. Dengan kerjasama Syarikat Rapid Penang Sdn. Bhd., kekerapan perkhidmatan bas awam di Jalan Padang Tembak telah ditambah. Di samping itu, bilangan laluan perkhidmatan bas awam yang melalui Jalan Padang Tembak juga telah ditambah iaitu kawasan Paya Terubong, Bandar Baru Ayer Itam dan Pekan Ayer Itam sekarang dihubungkan secara terus ke kawasan Padang Tembak  tanpa keperluan bertukar bas.

Kerajaan Negeri telah melantik AJC Planning Consultants Sdn. Bhd. syarikat perunding untuk membentuk  Pelan Induk Pengangkutan bagi Pulau Pinang. Pelan ini adalah satu pelan yang holistik dan akan menyelesaikan/mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dalam negeri. Syarikat tersebut memulakan tugas pada April 2011 dan telah menganjurkan 2 bengkel setakat ini untuk mendapat maklum balas daripada semua stake holders seperti persatuan penduduk, persatuan pekilang, pengusaha pengangkutan awam dan NGO dalam proses pembentukan pelan. Inception report telah siap dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri. atu laporan lagi "Overview of Existing Transport Sector" juga telah siap dan akan dikemukakan untuk kelulusan. Kajian akan tamat pada Mac 2011. 
Kembali