MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Bukit Tengah (Y.B. Dato’ Liang Thau Sang) bertanya kepada Ketua Menteri: 11. Berapakah lampu jalan dan lampu trafik yang telah diluluskan oleh pihak MPSP di KADUN Bukit Tengah dan berapakah jumlah peruntukan MPSP yang telah dibelanjakan untuk tahun 1998 dan setakat akhir bulan April 1999?
Dun -
Exco YAB KETUA MENTERI
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan

Ketua Menteri:

11. Lampu-lampu isyarat yang diluluskan adalah seperti berikut:-

(i) Persimpangan Jalan Tembikai/Jalan Tembikai 1
- siap dilaksanakan oleh MPSP (RM95000)

(ii) Persimpangan Jalan Kebun Sireh/Jalan Padang Lallang
- Siap oleh JKR

(iii) Persimpangan Jalan Kebun Sireh/Jalan Bukit Tengah
- dalam proses pelaksanaan oleh JKR.

iv) Persimpangan Jalan Maju/Jalan Kebun Sireh
- dalam proses pelaksanaan oleh JKR.

(v) Persimpangan Jalan Susur Lebuhraya/Jalan Perusahaan Perai
- siap dilaksanakan oleh JKR

(vi) Persimpangan Jalan Perusahaan/Lorong Perusahaan Maju 6
- siap dilaksanakan oleh JKR

(vii) Persimpangan Jalan Binjai/Jalan Maju, B.M.
- dalam proses pelaksanaan oleh JKR

(viii) Persimpangan Jalan Tembikai/Jalan Maju, B.M.
- dalam proses pelaksanaan oleh pihak JKR.

MPSP tidak mempunyai maklumat kelulusan pemasangan lampu-lampu awam mengikut KADUN. Untuk Daerah Seberang Perai Tengah, kelulusan pemasangan untuk tahun 1998 adalah 181 dan tahun 1999 (sehingga April) adalah 60. Tenaga Nasional Berhad tidak mengenakan kos pemasangan lampu awam bagi tiang-tiang sediada. MPSP hanya dikehendaki membayar bil-bil elektrik sahaja.

Kembali