MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Batu Lanchang (Y.B. Encik Law Heng Kiang) bertanya kepada Ketua Menteri: 54. Nyatakan jumlah pekerja membersih longkang MPPP bagi tahun 1995 hingga 1999. Apakah MPPP menghadapi kekurangan pekerja membersih longkang?
Dun -
Exco YB. DR. TENG HOCK NAN
Perkara -

Jawapan

Y.B. DR TENG HOCK NAN MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

54. Bilangan pekerja pembersih longkang bagi tahun 1995 hingga 1999 adalah seperti berikut:-

1995 - 483 orang

1996 - 504 orang

1997 - 458 orang

1998 - 443 orang

1999 - 416 orang




Setakat ini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang sememangnya menghadapi kekosongan keseluruhan sebanyak 809 jawatan di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran yang mana menjejaskan juga fungsi pembersihan. Namun demikian, MPPP telah mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini dengan melantik pihak swasta menjalankan kerja-kerja pembersihan secara kontrak.



Kembali