MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan (a). Apakah status pelaksanaan kolam takungan air banjir Alma yang memerlukan proses pengambilan balik tanah seluas kira-kira 8.7 hektar? (b). Bilakah projek tersebut boleh dilaksanakan dengan mengambil kira kolam takungan air tersebut juga boleh dijadikan sebagai tempat riadah untuk orang ramai? CATATAN: Keputusan mesyuarat pada 30.4.2014 Perubahan bagi Exco/KJAB
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara Pembangunan

Jawapan
(a) Kajian, pengumpulan data dan rekabentuk terperinci sedang dilaksanakan oleh perunding yang telah dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Tapak bagi 2 kolam yang dicadangkan telah dikenalpasti. MPSP juga dalam proses untuk mengumpulkan maklumat terperinci mengenai kos pengambilan tanah bagi lot-lot cadangan kolam tadahan. Kertas kerja yang mengandungi maklumat terperinci mengenai kos dan butiran tapak akan dikemukakan kepada JPS untuk dibawa ke Jawatankuasa Tebatan Banjir bagi mendapatkan kelulusan.

(b) Perlaksanaan projek ini bergantung kepada kelulusan Kerajaan Negeri selepas mendapat pertimbangan mengenai kos perlaksanaan kolam tadahan tersebut. Satu kertas kerja akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Tebatan Banjir Negeri bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan perlaksanaan kolam tadahan di mana anggaran awal kos pengambilan balik tanah adalah sebanyak RM 30 juta bagi ketiga-tiga lot cadangan pembinaan.

Kembali