MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan (a) Selain daripada dua projek perintis Gender Responsive Budgeting (GRB) yang dilaksanakan oleh MPSP dan MPPP, apakah konsep GRB akan diguna pakai semasa belanjawan dibuat di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa Negeri (PBN)? (b) Bagaimana Kerajaan Negeri dan kerajaan tempatan memastikan GRB boleh dilaksanakan di peringkat jabatan-jabatan dalam menentukan perbelanjaan tahunan? CATATAN: KPSU(KT) MOHON TN JAWAB SOALAN INI 4.4.14
Dun -
Exco YB. CHONG ENG
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
Projek Gender Responsive Budget (GRB) merupakan projek perintis yang telah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Penang's Women Development Corporation(PWDC) berkerjasama dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam projek ini dengan objektif bagi memastikan keperluan kaum wanita, lelaki, serta kanak-kanak di dalam masyarakat dapat dipenuhi melalui pengalokasian sumber secara efektif dan efisien dalam mempertingkatkan usaha mencapai keadilan sosial dan gender.

Dua projek GRB yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:-

i) Projek GRB PPR Ampangan oleh MPSP; dan
ii) Projek GRB PPR Jalan Sungai, Sungai Pinang oleh MPPP

Secara amnya, projek perintis GRB yang dilaksanakan ini dilihat berjaya di dalam mengimplementasi perkhidmatan perintis yang telah dipilih iaitu dari aspek keselamatan dan kebersihan di kawasan PPR terbabit.

Sebagai makluman, belanjawan Kerajaan Negeri dan kedua-dua PBT adalah tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Kewangan Negeri. Berpandukan kepada Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bil.1/2104, pelaksanaan belanjawan tahun 2014 adalah berasaskan pentadbiran berasaskan hasil (outcome based budgeting atau OBB). Pelaksanaan OBB memberi penekanan kepada impak dan keberkesanan program berbanding mementingkan perbelanjaan dan output.

Dari segi pelaksanaan GRB di peingkat PBT dan PBN, penelitian yang lebih mendalam perlu dibuat ke atas metodologi dan keberhasilan projek GRB di kedua-dua projek perintis yang sedang dilaksanakan terlebih dahulu bagi menilai kebolehlaksanaan GRB di peringkat PBT dan PBN.


b) Bagi memastikan kebolehlaksanaan GRB di peringkat PBT dan PBN, perkara-perkara berikut perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan:-

i) pengumpulan data yang komprehensif mengenai populasi gender mengikut kategori dan keperluan;
ii) mengenalpasti kerangka GRB yang bersesuaian dengan model Negeri Pulau Pinang;
iii) menentukan metodologi pelaksanaan GRB yang bersesuai dengan Jabatan dan Agensi; dan
iv) latihan kakitangan dalam memahami proses pelaksanaan GRB dan penyediaan bajet berasaskan keperluan gender;


--
Disediakan oleh : En. Shahril Zamani Bin Md Zain (017-4797934)
PP(S)6

Disemak oleh : En. Mohd Farulizam Bin Che Meh (019-4817678)
TP(S)
Kembali