MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan (a). Senaraikan kes-kes pengusiran penduduk-penduduk oleh tuan tanah di Pulau Pinang mengikut daerah dan bilangan keluarga yang terjejas. (b). Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu penduduk Permatang Tok Suboh yang akan diusir oleh tuan tanah? (c). Adakah Kerajaan Negeri mengkaji satu dasar yang menyeluruh serta berperikemanusiaan untuk memastikan penduduk-penduduk yang miskin tidak tertindas?
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Masalah Penduduk

Jawapan
28. Sehingga kini, berdasarkan rekod Kerajaan Negeri kes pengusiran penduduk oleh tuan tanah hanyalah melibatkan kampung Permatang Tok Suboh, Mukim 14, Daerah Seberang Perai Tengah sahaja. Pihak wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) telah menghulurkan bantuan guaman ke atas pemilik tanah. Permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan untuk pembangunan di Permatang Tok Suboh masih belum dikemukakan untuk pertimbangan MPSP dan tidak ada kelulusan diberikan.

Kerajaan Negeri pada ketika ini sentiasa meneliti dasar-dasar sediada untuk memastikan penduduk miskin tidak tertindas terutama jika mendiami tanah kerajaan yang akan dimajukan. Akan tetapi garis panduan bayaran pampasan terpakai untuk tanah Kerajaan manakala untuk tanah milikan swasta, hanya boleh dikenakan ke atas sebarang permohonan kebenaran merancang dan tidak berkesan ke atas pemilik yang belum membuat sebarang permohonan berkenaan.
Kembali