MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Batu Lanchang (Y.B. Encik Law Heng Kiang) bertanya kepada Ketua Menteri: 55. Mengapakah underpass Lebuhraya Butterworth-Kulim selalu dibanjiri air? Mengapakah pam air yang dipasangkan di situ tidak boleh berfungsi semasa banjir? Pihak manakah yang harus bertanggungjawab terhadap masalah ini? Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini?
Dun -
Exco YB. DR. TENG HOCK NAN
Perkara Bencana Alam

Jawapan

YB DR TENG HOCK NAN MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:


55. Persimpangan Bertingkat dan underpass ini telah dibina oleh PLUS dan di bawah kelolaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Pada masa sekarang, kawasan ini serta peralatan diserah kepada LLM untuk konsesi penswastaan oleh Lingkaran Luar Butterworth (LLB). Masalah underpass Lebuhraya Butterworth-Kulim selalu banjir akhir-akhir ini adalah disebabkan oleh:


i. Masalah kerosakan pam. Perkara ini telah dikenal pasti sejak mula berlakunya banjir di situ dan pihak JKR sedang dalam proses memperbaharui kesemua pam tersebut. Kerja pemasangan pam telah siap dan menunggu untuk pengujian.

ii. Punca kedua ialah keadaan hujan yang bertembung dengan air pasang di laut dan air melimpahi parit di beberapa kawasan jalan yang rendah. Perkara ini telah juga dikenal pasti dan pihak perunding sedang menyediakan pelan untuk dimajukan kepada LLM.


Di samping langkah-langkah yang diambil oleh pihak JKR dan LLM, JPS juga turut menjalankan beberapa kerja di kawasan Seberang Jaya termasuk mendalam dan membersihkan parit, memperbaharui pintu-pintu kawalan serta menambah jumlah pam.



Kembali