MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Sila senaraikan jumlah sumbangan kewangan tempat letak kereta yang telah dikutip oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mulai tahun 2008 hingga Mac 2014, dan berapakah tempat letak kereta yang telah dibina oleh MPPP dengan sumbangan ini?
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara -

Jawapan
28. Sumbangan Tempat Letak Kereta yang telah dikutip oleh MPPP adalah seperti berikut:

Tahun
Sumbangan Tempat Letak Kereta (RM)
2008
619,500
2009
895,447
2010
1,234,750
2011
1,166,250
2012
1,456,375
2013
766,750
2014
389,500


Jumlah keseluruhan kutipan sumbangan tempat letak kereta dari tahun 2008 sehingga Mac 2014 adalah sebanyak RM6,528,572.00. Kutipan tahunan untuk tahun 2010, 2011 dan 2012 melebihi RM1 juta.

Sejak 2008 MPPP telah membina tapak letak kereta 6 tingkat dan ruang komersial atas lot 140, Lebuh Pantai Daerah Timur Laut yang disiapkan pada 20 Disember 2010 dan mengandungi 198 tempat letak kereta biasa serta 6 tempat letak kereta OKU.
Kembali