MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Apakah tindakan dan langkah-langkah jangka masa pendek dan panjang bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang? catatan: Keputusan mesyuarat pada 30.4.2014. Perubahan bagi EXCO/KJab
Dun -
Exco YB. LIM HOCK SENG
Perkara Isu

Jawapan
4. (i) Tindakan jangka pendek yang telah diambil untuk mengatasi masalah banjir di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(a) Membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem saliran secara berterusan dan melibatkan kerjasama di antara Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); dan

(b) Menggunakan portable pump untuk menyedut dan menyegerakan pengaliran keluar air dari kawasan lapangan terbang ketika hujan lebat.

(ii) Untuk tindakan jangka masa panjang, pihak JPS telah menasihati pihak MAHB supaya membina kolam takungan banjir dan menaik taraf sistem pam titik saliran akhir di kawasan lapangan terbang.
Kembali