MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Adakah Kerajaan Negeri mengenakan caj nominal atau mengikut harga pasaran ke atas tanah-tanah yang diserahkan kepada agensi Persekutuan bagi tujuan pembangunan untuk rakyat?
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Tanah

Jawapan
5. Kadar caj premium ke atas tanah-tanah yang diluluskan pemberian milik oleh Kerajaan Negeri kepada agensi Kerajaan Persekutuan adalah tertakluk kepada perkara berikut:

a) Kadar nominal - bagi tanah-tanah yang asalnya diambil balik untuk agensi Kerajaan Persekutuan, di mana kos pengambilan balik tanah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

b) Kadar harga pasaran - bagi tanah-tanah yang asalnya adalah tanah Kerajaan Negeri.
Kembali