MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Batu Lanchang (Y.B. Encik Law Heng Kiang) bertanya kepada Ketua Menteri: 58. Adakah Kerajaan Negeri telah mengenal pasti tanah-tanah kerajaan untuk projek perumahan kos rendah? Jika ya, nyatakan lokasi dan tarikh projek yang akan dimulakan.
Dun -
Exco YB. DATO' HAJI ABDUL RASHID BIN ABDULLAH
Perkara -

Jawapan

YB DATO' HAJI ABDUL RASHID BIN ABDULLAH MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

58. Kerajaan Negeri telah mengenalpasti 3 keping tanah untuk dibangunkan dengan Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) jenis rumah teres mengandungi 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Merbau Kudong telah diluluskan dan akan dibiayai dibawah Tabung Pusingan Rumah Kos Rendah sementara Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Padang Cempedak dan Kampong Besar, sedang menunggu kelulusan pembiayaan dari Kerajaan Persekutuan. Projek ini dijangka akan dimulakan pada tahun 2000.

Lokasi projek adalah seperti berikut:-

i) Di atas Lot 2983 dan 3019, Kampong Besar, Mukim 12, Seberang Perai Utara. Jumlah unit yang dicadangkan sebanyak 429 unit.

ii) Lot 1264 – 1265, 1266 dan 1267 Padang Cempedak Seberang Perai Utara. Bilangan unit yang dicadangkan ialah 464 unit.

Lot 1126, 1290, 1572, 2975, 2976, 2977, 3040 dan3041 Mukim 11, Merbau Kudong, Seberang Perai Utara. Bilangan unit yang dicadangkan ialah 350 unit.

Kembali