Jawapan
6. PBAPP adalah pengendali bekalan air yang paling efisien di Malaysia dengan kadar kehilangan air atau peratus Air Tak Berhasil (NRW) 17.6% berbanding purata kebangsaan iaitu 36.4%. Sungguhpun mengalami tahap pembangunan yang lebih pesat dalam enam tahun kebelakangan ini berbanding 18 tahun sebelumnya, PBAPP mampu untuk memenuhi permintaan air yang semakin meningkat.
Memang benar kerajaan negeri tidak berhasrat menaikkan tarif air. Tetapi keadaan berubah kepada mendesak bila berlaku kemarau berpanjangan akibat perubahan cuaca sehingga catuan air dilakukan di beberapa negeri. Demi mengelakkan catuan air, kerajaan negeri bersedia menerima cadangan pihak pengurusan PBAPP untuk menghindarinya, termasuk menaikkan tarif air. Sekiranya selepas langkah ini diambil dan catuan air masih diperlukan maka pihak pengurusan harus bertanggungjawab penuh dan menanggung segala tindakan termasuk pecat kerja.
Pengguna-pengguna Pulau Pinang menikmati tarif air domestik yang terendah di negara ini. Malangnya, ia telah menyebabkan penggunaan air domestik meningkat daripada 285 liter per kapita sehari (lcd) pada tahun 2011 kepada 311 lcd pada 1 Mac 2014. Sebagai pengguna air domestik tertinggi di negara ini, Pulau Pinang berada pada kedudukan yang kurang baik berbanding purata kebangsaan sebanyak 212 lcd. Singapura pada 151 lcd dan syor oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu 100 lcd.
Berikutan kemarau yang berlarutan dan catuan air di negeri lain seperti Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Taiping (pekan paling 'lembab' di Malaysia), kerajaan negeri telah meminta pengurusan PBAPP melakukan apa yang perlu untuk mengelakkan catuan air dijalankan. Pada 18 September 2013, Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah menolak permohonan kerajaan negeri untuk membiayai pemindahan air mentah dari Sungai Perak dan sebaliknya, meminta kerajaan negeri menumpukan perhatian untuk mengurangkan penggunaan air yang tinggi, dan bukan mencari sumber baru bekalan air.
Kerajaan Negeri akhirnya menerima syor PBAPP untuk mengkaji semula tarif air sebagai salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan air yang tinggi untuk membantu mengelak catuan air dan menyahut permintaan Kementerian tersebut. Disebabkan kemarau yang berlarutan dan mengurangkan kemungkinan catuan air, adalah penting untuk penggunaan air dikurangkan di Pulau Pinang, bagi memastikan air mencukupi untuk jangka panjang.
Bagi meringankan beban pengguna yang berpendapatan rendah dan sederhana, PBAPP telah mengambil langkah untuk memberikan diskaun sebanyak 60% ke atas Surcaj Konservasi Air (WCS) bagi bekalan air domestik (individu) yang berpenghuni 8 orang keatas.
Syarat-syarat diskaun adalah pemohon mesti mengisi borang permohonan serta melampirkan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti berikut:
• Nama penuh dan nombor pengenalan semua penghuni-penghuni rumah (semua kad pengenalan mesti mempamerkan alamat yang sama dengan bil air domestik PBAPP).
• Pengesahan salinan sebenar semua salinan kad pengenalan.
• Salinan bil air yang terkini.
• Salinan bil TNB yang terkini.
Diskaun ini adalah untuk Surcaj Penjimatan Air (WCS) bagi kategori domestik (individu) bermula dari 1 Mei 2014.