Jawapan
YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
1. Bilangan kes denggi dan malaria mengikut daerah adalah seperti di Lampiran.
Punca-punca pembiakan Aedes yang dikenal pasti adalah:-
i) bekas-bekas yang menakung air yang tidak dibersihkan dan tidak diletakkan ubat abate;
ii) tempat pembuangan sampah haram yang tidak dibersihkan
iii) bangunan lama yang tidak digunakan dan didapati menakung air
iv) parit dan longkang yang tersumbat serta reka bentuk longkang yang menyebabkan air tidak dapat mengalir
v) tapak-tapak binaan yang tidak diselenggara dengan baik serta tidak mempunyai jawatankuasa pembanteras pembiakan aedes untuk menghalang pembiakan aedes
Bagi kes malaria, kebanyakan kes yang dilaporan berkemungkinan berpunca daripada warga asing yang mendapat jangkitan daripada negara asal masing-masing.