MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Sejauh manakah kejayaan kempen pengurangan penggunaan plastik dan penggunaan polisterin dalam Negeri Pulau Pinang. Apakah matlamat yang selanjutnya untuk menjayakan kempen ini.
Dun -
Exco YB. PHEE BOON POH
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
16. Bermula dari tahun 2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah melancarkan Program Larangan Pengunaan Polisterin dan Program “No Free Plastic Bag Day”. Kedua-dua PBT telah memasukkan syarat larangan penggunaan polisterin dan beg plastik ke dalam syarat tambahan lesen premis untuk kategori perniagaan dan juga syarat sewaan ruang niaga PBT. Antara kejayaan kempen-kempen ini adalah seperti berikut:-

(a) Pengurangan jumlah berat buangan sisa pepejal;

(b) Peningkatan kepada tahap kebersihan dengan pengurangan kadar pembuangan sampah dari jenis plastik dan polisterin;

(c) Peningkatan kepada kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Kebanyakkan penguna telah mempraktikan penggunaan beg kitar semula berbanding beg plastik; dan

(d) Kejayaan pelaksanaan kempen ini telah menjadi ikutan



Matlamat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat melalui pengurangan pencemaran yang berpunca daripada penggunaan polisterin dan beg plastik di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar kepada pelajar sekolah, peniaga dan orang awam.
Kembali