MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan Ahli Kawasan Kampong Kolam (Y.B. Encik Lim Gim Soon) bertanya kepada Ketua Menteri: 3. Setakat manakah projek Prangin Mall telah disiapkan? Bilakah rumah-rumah berdekatan yang terjejas dengan projek ini akan siap dibaiki? Apakah jaminan akan diberikan kepada penghuni-penghuni berkenaan?
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Pembangunan

Jawapan

Ketua Menteri:

3. Kerja pembinaan Projek Prangin Mall telah dijalankan semula pada 25 Ogos 1999. Pada masa ini, Projek Prangin Mall telah dibina sehingga paras 6 di sebahagian tapaknya dan sehingga paras 5 untuk baki tapak yang lain. Pemaju telah menjadualkan semula untuk menyiapkan projek itu menjelang Jun 2000. Hanya terdapat 14 bangunan retak yang belum diperbaiki oleh pemaju. Pemaju berjanji akan menyiapkan kerja-kerja pembaikan serentak dengan kerja pembinaan bagi projek tersebut. Majlis Perbandaran Pulau Pinang masih memegang bon pelaksanaan sebanyak RM300,000 untuk memastikan kerja-kerja pembaikan disiapkan oleh pemaju.

Kembali