MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan 3. (a) Sila nyatakan statistik kandang lembu yang berlesen dan tidak berlesen di setiap daerah di Negeri Pulau Pinang. (b) Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyelesaikan isu kandang lembu yang tidak berlesen ini terutamanya di kawasan Seberang Perai Selatan?
Dun -
Exco YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
3. (a) Statistik Kandang Lembu yang berlesen di setiap daerah Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:-

SPU
486
SPS
150
SPT
139
DBD
0
DTL
0

Manakala bagi kandang lembu tidak berlesen adalah seperti berikut:-

SPU
451
SPS
131
SPT
82
DBD
11
DTL
7
b) Tindakan yang diambil untuk menyelesaikan isu kandang lembu tidak berlesen adalah:-

i. Menyediakan kawasan ternakan di Batu Kawan untuk menempatkan semula penternak. Pada masa ini, 9 Lesen Pendudukan Sementara (LPS) telah diluluskan pada tahun 2013 untuk ternakan lembu bagi menempatkan semula ternakan lembu di Valdor ke tapak baru iaitu di Valdor Sungai (berhampiran Batu Kawan).

ii. Tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada penternak yang enggan mematuhi peraturan dikenakan dengan mengeluarkan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen MPSP 1980 dengan kadar denda sebanyak maksimum RM250.00.
Kembali