MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai sebarang rancangan untuk membangunkan rumah kediaman untuk penduduk di kawasan Byram?
Dun -
Exco YB. JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH
Perkara Projek Perumahan

Jawapan
9. Rancangan untuk membangunkan rumah kediaman untuk penduduk di kawasan Byram masih di peringkat awal perancangan.

Walau bagaimanapun, terdapat kira-kira 11,800 unit perumahan awam akan dibangunkan di Bandar Cassia, Daerah Seberang Perai Selatan. Projek perumahan tersebut ialah Bandar Cassia Fasa 1 yang akan disiapkan pada tahun 2016 yang mana ianya mengandungi 149 unit rumah kos sederhana rendah dan sejumlah 371 unit rumah mampu milik manakala Bandar Cassia Fasa 4 pula akan disiapkan pada tahun 2017 yang mana ianya mengandungi 149 unit rumah kos sederhana rendah dan sebanyak 371 unit rumah mampu milik.

Bandar Cassia Fasa 7 akan disiapkan pada tahun 2018 yang mana ianya mengandungi 149 unit rumah kos sederhana rendah dan sejumlah 371 unit rumah mampu milik dan Bandar Cassia Fasa 8 pula akan disiapkan pada tahun 2018 yang mana ianya mengandungi 149 unit rumah kos sederhana rendah dan sejumlah 371 unit rumah mampu milik . Baki 20 fasa lagi di Bandar Cassia turut akan didirikan di mana ianya meliputi pembinaan sejumlah 2,776 unit rumah kos rendah dan 6,944 unit rumah mampu milik dan dijangka akan dapat disiapkan menjelang 2020.
Kembali