MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan (a) Apakah kesan kenaikan tarif elektrik kepada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan? (b) Adakah lampu jalan yang menjimatkan tenaga seperti LED, lampu induksi, bertenaga solar dan lain-lain dipertimbangkan untuk menggantikan lampu jalan konvensional? (c) Jika tidak, apakah alternatif Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjimat tenaga?
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara Isu

Jawapan
(a) Kesan kenaikan tarif elektrik kepada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan adalah peningkatan peruntukan bil elektrik pada anggaran 10%-15%.

(b) MPPP mempunyai rancangan untuk menggantikan lampu jalan konvensional kepada lampu jalan jenis LED secara berperingkat dari tahun 2014 hingga 2016. “Request for Proposal” bagi tujuan ini akan dijemput pada pertengahan tahun ini.

MPSP pula telah membuat pemasangan percubaan lampu solar LED di Taman Tugu Kota Demokrasi Bagan. Manakala pemasangan percubaan lampu jalan jenis LED dibuat di jalan masuk ke Flat PPR Ampangan, Ampang Jajar Permatang Pauh dan di Taman Tunku Seberang Jaya. Kesan daripada percubaan ini akan menentukan sama ada penggunaan lampu LED dan solar LED akan digunapakai atau tidak di masa hadapan.


(c) Alternatif yang dilaksanakan oleh MPSP untuk menjimatkan elektrik adalah dengan memasang dua (2) jenis sistem kawalan pada lampu jalan iaitu kawalan secara suis cuaca (fotocell) dan kawalan secara suis masa (Timer Switch). Bagi tiang lampu yang dikawal oleh suis masa, ianya akan diprogramkan waktu nyalaanya mengikut keadaan jalan dan lalulintas di satu-satu kawasan. MPSP juga telah melaksanakan program penjimatan tenaga seperti penggunaan lampu jenis T5 di beberapa pasar awam dan telah melantik Pegawai Penyelaras Alam Sekitar di setiap jabatan bagi memastikan pelaksanaan polisi penjimatan penggunaan air dan elektrik dilaksanakan. Manakala MPPP akan meneruskan rancangan untuk menggantikan lampu jalan konvensional kepada lampu jalan jenis LED sebagai langkah penjimatan.
Kembali