MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan (a) Sila nyatakan nisbah bangsa dan jantina kakitangan awam yang berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri. (b) Dari segi pengambilan kakitangan kerajaan, bagaimanakah ianya dilaksanakan bagi mencapai keseimbangan bangsa dan jantina? (c) Sila berikan statistik pengambilan kakitangan kerajaan yang baru sejak tahun 2008 mengikut jantina dan bangsa.
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Kakitangan Kerajaan

Jawapan
19. (a) Sehingga 30 April 2014, sebanyak 8346 anggota perkhidmatan awam yang sedang berkhidmat secara tetap di Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut, perincian maklumat mengikut kaum adalah seperti berikut :

(i) Melayu : 7239 (86.7%)

(ii) Cina : 220 (2.6%)

(iii) India : 868 (10.4%)

(iv) Lain-lain : 19 (0.3%)

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6154 (73.7%) adalah lelaki manakala sebanyak 2192 (26.3%) adalah perempuan.



(b) Dari segi pengambilan, bagi mencapai keseimbangan bangsa, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sentiasa berusaha dengan mempertingkatkan kempen di seluruh negara bagi menggalakkan kaum selain dari Melayu menyertai sektor perkhidmatan awam. Begitu juga dengan keseimbangan jantina, SPA turut mengambil perhatian serius bagi memastikan keseimbangan jantina dapat di capai.

(c) Statistik pengambilan kakitangan baharu sejak tahun 2008- 2013 adalah seperti di Lampiran A.
Kembali