MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan (a) Huraikan dengan statistik impak ekonomi Negeri Pulau Pinang oleh kemerosotan ekonomi global (termasuk faktor inflasi, harga minyak, weak currency, foreign investment, employment rate dan lain-lain). (b) Adakah strategi Kerajaan Negeri untuk mempertahankan dan mempertingkatkan ekonomi negeri dalam jangka masa 5 tahun akan datang.
Dun -
Exco YB. PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY
Perkara Ekonomi

Jawapan
21. (a) Kerajaan Negeri berjaya mencatatkan jumlah pelaburan asing (Foreign Direct Investment) yang tinggi dalam tempoh tahun 2008-2013, iaitu sejumlah RM36.1 bilion berbanding RM18.7 bilion yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu dari tahun 2003-2007. Ini merupakan peningkatan dua kali ganda, walaupun ekonomi dunia mengalami kemelesetan pada tahun 2008-2009. Employment Rate Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 98.0% dengan nilai kadar pengangguran sebanyak 2.0%. Harga minyak dunia (crude oil) bagi purata 6 bulan akhir ini adalah sebanyak RM339/barrel. Kadar inflasi negara dianggarkan sebanyak 3.2% pada tahun 2014. Kadar inflasi memberi kesan kepada nilai mata wang yang lemah (weak currency). Namun, ia merupakan faktor ekonomi secara global dan di luar kawalan Kerajaan Negeri.


(b) Kerajaan Negeri telah melancarkan Penang Paradigm sebagai strategi untuk mempertahankan dan mempertingkatkan ekonomi negeri untuk jangka masa 10 tahun yang akan datang. Dari segi dinamisme ekonomi (Economic Dynamism), ekonomi Pulau Pinang diperhebatkan melalui pelaburan di sektor pembuatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi seperti peralatan perubatan dan bidang aeroangkasa. Inisiatif lain adalah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah hub halal antarabangsa. Dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang dinamik, Kerajaan Negeri turut menggiatkan usaha dalam merancakkan sektor perkhidmatan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan BPO-ITO Hub yang menjadi penyumbang pertumbuhan terbaru kerana sektor ini dilihat mempunyai nilai tambah yang tinggi. Sektor perkhidmatan juga dipelbagaikan dengan mengalakkan perkembangan sektor perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar (Shared Services Outsourcing), teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology) dan multimedia kreatif (Creative Multimedia).
Kembali