MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Selain program bantuan ibu tunggal oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, sila nyatakan usaha lain Kerajaan Negeri dalam membantu kaum ibu tunggal untuk memperolehi kerja atau memulakan perniagaan kecil sendiri.
Dun -
Exco YB. PHEE BOON POH
Perkara Kebajikan

Jawapan
17. Perancangan bagi membantu ibu-ibu tunggal selain daripada pemberian RM100 setiap tahun adalah dengan memberi latihan kemahiran (skills training), akses kepada skim mikro kredit Kerajaan Negeri seperti Program Titian Saksama Rakyat dan memberi bantuan pelajaran untuk anak-anak mereka.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan dana khas mikro kredit di bawah Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang yang telah dilancarkan pada Oktober 2009 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM3.0 juta. Pada tahun 2013, jumlah bilangan peminjam yang telah mendapat manfaat dari skim PTSR ini adalah seramai 1,608 orang. Kerajaan Negeri menerusi PDC masih mempunyai dana terkumpul berjumlah RM7.0 juta untuk diagihkan kepada para usahawan dan peniaga kecil.
Kembali