MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEMBILAN
Soalan II. Ahli Kawasan Pengkalan Kota (Y.B. Encik Lee Hack Teik) bertanya kepada Ketua Menteri: 1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan bandar akibat high tide? Dalam Kawasan Pengkalan Kota, tempat-tempat seperti Lebuh McNair, Jalan Magazine, Lebuh Macallum, Lebuh Katz biasanya mengalami banjir selama 6 hari pada setiap bulan akibat high tide. Adakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang mempunyai cadangan untuk membina Tidal Gate bagi membendung masalah banjir?
Dun -
Exco YB. DR. TENG HOCK NAN
Perkara Pengairan

Jawapan

Ketua Menteri:

1. Di bawah Rancangan Tebatan Banjir Kawasan Perbandaran Pulau Pinang yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran terdapat tiga pakej saliran bandar iaitu Projek S-10, S-18 dan N-12.

Projek mengatasi masalah banjir akibat hujan dan air pasang di sekitar kawasan Pengkalan Kota seperti Lebuh Mc Nair, Jalan Magazine, Lebuh Macallum dan Lebuh Katz adalah termasuk dalam pakej Projek S-18. Fasa 1 yang melibatkan pembinaan parit utama di sepanjang Jalan Gurdwara dan Lebuh Tye Sin ke Sungai Pinang dan pembinaan pintu kawalan (tidal gate) berhadapan Kompleks Adorna sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada bulan Ogos 2000. Fasa II yang melibatkan pembinaan kolam takungan dan rumah pam dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan. Di samping itu Jabatan Pengairan dan Saliran akan membina sebuah lagi pintu kawalan di Lebuh Macallum pada tahun 2000.

Kembali