MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Sila senaraikan bandar luar negara yang merupakan sister city atau bandar persahabatan kepada Pulau Pinang/MPPP/MPSP serta tarikh menjalin hubungan tersebut dimeterai. CATATAN: Keputusan mesyuarat pada 30.4.2014 Perubahan bagi Exco/KJAB
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
MPPP telah menjalinkan hubungan dikalangan bandara diperingkat antarabangsa seperti berikut :

BANDAR BERKEMBAR / SISTER CITY
BANDARAYA
TARIKH KUATKUASA
Adelaide, Australia
8 Disember 1973
Medan, Indonesia
10 Oktober 1984
Xiamen, China
10 November 1993
BANDAR PERSAHABATAN / FRIENDSHIP CITY
BANDARAYA
TARIKH KUATKUASA
Taipei, Taiwan
28 Mac 2011
Kaohsiung, Taiwan
29 Mac 2011
Bangkok, Thailand
5 April 2012
Yogjakarta, Indonesia
12 November 2012
Changwon, Korea
20 November 2012

MPSP telah menjalinkan sister city atau bandar persahabatan dengan dua (2) buah bandar iaitu :

(i) Bandar Freemantle, Australia pada tahun 1978
(ii) Bandar Metropolitan Gwangju, Korea pada 17 Mei 2013

Hubungan persahabatan ini dijalinkan bagi bertukar pendapat, berkongsi amalan terbaik (best practices) dan meningkatkan persahabatan dalam perkara-perkara yang dipersetujui.
Kembali