MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan (a) Adakah perpustakaan awam yang sedia ada di Negeri Pulau Pinang mempunyai reka bentuk kemudahan yang mesra Orang Kurang Upaya (OKU)? (b) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang merancang untuk menambah kemudahan yang mesra OKU di setiap perpustakaan awam di Pulau Pinang?
Dun -
Exco YB. PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan
21. (a) Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang sememangnya menyediakan kemudahan yang mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti berikut:
i. 'Ramp' di Perpustakaan Pusat dan perpustakaan-perpustakaan cawangan di George Town, Balik Pulau, Bertam dan Jawi.

ii. Tandas OKU di Perpustakaan Pusat dan perpustakaan-perpustakaan cawangan di George Town, Balik Pulau dan Bertam.

iii. Buku Braille dan buku 'tactile' di Perpustakaan Pusat. Pinjaman antara perpustakaan turut dilakukan untuk keperluan perpustakan lain.

iv. Permainan bagi golongan OKU


v. Perpustakaan Bergerak untuk OKU iaitu satu (1) unit di Seberang Perai dan satu (1) unit di Bahagian Pulau.

(b) Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang sentiasa mengambil kira kemudahan yang mesra OKU apabila membina bangunan perpustakaan baru atau menaik taraf bangunan perpustakaan sedia ada.
Kembali