MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang cadangan atau rancangan yang baru untuk menaik taraf tempat pelancongan yang baru setelah kutipan levi terhadap penginap hotel dijalankan?
Dun -
Exco YB. LAW HENG KIANG
Perkara Pelancongan

Jawapan
19. Kutipan Fi Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2014. Anggaran hasil Kerajaan Negeri daripada kutipan fi ini adalah dijangka sebanyak RM6,304,680.00 dengan mengambil kira bilangan 12,013 buah bilik hotel. Hasil kutipan ini yang akan dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Fi Kerajaan Tempatan Negeri Pulau Pinang yang akan digunakan untuk tujuan pembangunan pelancongan.

Selepas fi tersebut dikutip, fi ini digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti promosi pelancongan di negara-negara luar seperti Indonesia, Singapura, Hong Kong, Eropah dan sebagainya. Fi ini juga akan digunakan untuk mempertingkatkan infrastruktur pelancongan negeri Pulau Pinang.

Kembali