MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan (a) Adakah Kerajaan Negeri menggalakkan pertumbuhan rumah-rumah urut di negeri ini? (b) Kenapa tindakan tidak diambil ke atas gay-gay yang berkeliaran di Jalan Chulia dan Lorong Chulia, terutamanya warga asing, khususnya warga Siam?
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara Masalah Sosial

Jawapan
YB. CHOW KON YEOW
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
27. (a) Kerajaan Negeri tidak menggalakkan pertumbuhan rumah-rumah urut di negeri ini malahan mengawal pertumbuhan rumah-rumah urut dengan mengenakan syarat-syarat yang ketat dalam melesenkan rumah rumah urut seperti berikut:-

i) Semua tukang urut perlu menjalani ujian perubatan yang lengkap termasuk laporan x-ray dada dan saringan HIV serta STD

ii) Tukang urut yang dinyatakan dalam borang permohonan sahaja dibenarkan menjalankan aktiviti mengurut

iii) Keluasan minimum bilik mengurut adalah 120 kaki persegi

iv) Semua bilik rawatan hendaklah dipasang pintu jenis berayun yang tidak boleh dikunci dari dalam

v) Pemegang lesen tidak boleh membenarkan sesiapa yang diketahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah seorang pelacur atau mempunyai tingkah laku yang tidak baik memasuki rumah urutnya

vi) Tidak mengambil pekerja dibawah umur 21 tahun

vii) Memasang notis awam dengan kenyataan "Lelaki Islam dilarang mendapatkan perkhidmatan urut mengurut daripada pengurut wanita. Pesalah-pesalah akan didakwa

(b) Pihak Jabatan Imigresen mendapati bahawa kehadiran warga asing terutamanya warga Siam adalah pemegang Pas Lawatan (Sosial) yang sah sebagai pelancong warga asing. Pembuktian mengenai pelanggaran syarat pas di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 adalah sukar memandangkan mereka berada di tempat awam yang terbuka. Namun begitu, sekiranya didapati berlaku pelanggaran syarat di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen, Pihak Jabatan akan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa dan peruntukan yang sedia ada.

Mengenai kehadiran 'gay' asing di sekitar Jalan Chulia dan Lorong Chulia, pemantauan melalui aktiviti risikan diadakan dari semasa ke semasa, terutamanya pada hari-hari kelepasan am dan cuti mingguan di mana sekitar kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong warga asing.
Kembali