MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Sungai Puyu (Y.B. Encik Loo Ah Dee @ Lee Ah Lee) bertanya kepada Ketua Menteri: 5. Masalah lampu jalan yang tidak bernyala sering berlaku di sekitar KADUN Sungai Puyu dan sudah menjadi satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan. Penduduk di sekitar KADUN Sungai Puyu begitu kecewa sekali akan perkhidmatan yang diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Adakah pihak yang berkenaan mengambil inisiatif untuk memerhati serta memastikan pihak TNB selalu peka terhadap perkhidmatan lampu jalan yang dibekalkan TNB dalam keadaan baik serta berfungsi selalu? Ketua Menteri: 5. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memang peka terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan ini. Sebagai usaha-usaha untuk mengatasi masalah ini, pihak TNB mengambil langkah-langkah berikut:- (i) Menukar semula lampu yang uzur/lama di kawasan tersebut dan kawasan Butterworth. (ii) Lampu yang tidak menyala kerana line contact akan dipasang line shrouds atau menukar talian tidak bersalut kepada jenis yang bersalut (Aerial Bundle Cable). (iii) Kerja-kerja mencantas dahan juga dibuat di kawasan yang terdapat banyak pokok besar. (iv) Menambah pembekal bagi talian yang melebihi muatan beban. (v) Menukar suis waktu kepada photo cell untuk mengelak dari menyala tidak ikut waktu. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telahpun mengadakan mesyuarat dengan TNB pada 26.11.1999 membincangkan perkara-perkara berkaitan lampu jalan. Sehubungan itu pihak Majlis telah membangkitkan kepada TNB berhubung permasalahan lampu jalan di KADUN Sungai Puyu dan meminta kerjasama TNB untuk memberikan perhatian yang lebih serius dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan permasalahan yang dibangkitkan tidak berulang lagi.
Dun -
Exco YB DR TECK HOCK NAN
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan


YB DR TENG HOCK NAN MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:

5. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memang peka terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan ini. Sebagai usaha-usaha untuk mengatasi masalah ini, pihak TNB mengambil langkah-langkah berikut:-

(i) Menukar semula lampu yang uzur/lama di kawasan tersebut dan kawasan Butterworth.

(ii) Lampu yang tidak menyala kerana line contact akan dipasang line shrouds atau menukar talian tidak bersalut kepada jenis yang bersalut (Aerial Bundle Cable).

(iii) Kerja-kerja mencantas dahan juga dibuat di kawasan yang terdapat banyak pokok besar.

(iv) Menambah pembekal bagi talian yang melebihi muatan beban.

(v) Menukar suis waktu kepada photo cell untuk mengelak dari menyala tidak ikut waktu.






Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telahpun mengadakan mesyuarat dengan TNB pada 26.11.1999 membincangkan perkara-perkara berkaitan lampu jalan. Sehubungan itu pihak Majlis telah membangkitkan kepada TNB berhubung permasalahan lampu jalan di KADUN Sungai Puyu dan meminta kerjasama TNB untuk memberikan perhatian yang lebih serius dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan permasalahan yang dibangkitkan tidak berulang lagi.


Kembali