MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan (a) Senaraikan program-program termasuk forum, seminar dan kajian yang dijalankan di SERI atau Penang Institute dari tahun 2007 hingga 2014. (b) Senaraikan nama semua kakitangan mengikut jawatan, skop kerja dan gaji masing-masing di Penang Institute. (c) Berapa jumlah bilangan kakitangan SERI/Penang Institute dalam tahun 2007 berbanding sekarang?
Dun -
Exco YB. PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY
Perkara Pentadbiran

Jawapan
(a) Senarai program-program termasuk forum, seminar dan kajian yang dijalankan di SERI atau Penang Institute dari tahun 2007 hingga 2014 adalah seperti di Lampiran A.

(b) Senarai nama semua kakitangan mengikut jawatan dan skop kerja di Penang Institute adalah seperti di Lampiran B. Tiada data diterima untuk senarai gaji setiap kakitangan.

(c) Jumlah bilangan kakitangan SERI pada tahun 2007 adalah sebanyak 16 orang berbanding jumlah bilangan kakitangan Penang Institute pada tahun 2014 (sekarang) iaitu sebanyak 41 orang.
Kembali