MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan (a) Apakah keputusan siasatan bagi kes keruntuhan antena menara UMNO? (b) Adakah pihak MPPP telah menerima laporan lengkap mengenai kekukuhan dan kestabilan struktur konkrit sedia ada serta laporan pemeriksaan bangunan? (c) Bagaimanakah pihak MPPP memastikan keselamatan bangunan tinggi di dalam negeri?
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara -

Jawapan
22. (a) Siasatan Suruhanjaya Siasatan Mengenai Kegagalan Struktur-struktur Sivil Tertentu di Pulau Pinang bermula pada 11 Oktober 2013. Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Commission of Enquiry Act 1950 terdiri daripada :

(i) Dato’ Yeo Yang Poh (Pengerusi);

(ii) Professor Ir Roslan bin Hashim; dan

(iii) Dato’ Dr Ir Gue See Sew.

Siasatan masih diteruskan dan belum tamat. Tempoh yang diluluskan untuk Jawatankuasa Siasatan menyelesaikan siasatnya adalah pada Ogos 2014.



(b) Laporan akhir bertajuk Investigation Into The Cause Of Collapse Of Lightning Arrester And Fin Wall From The Roof Top Of UMNO Tower, Macalister Road, George Town, Pulau Pinang telah pun diterima oleh MPPP pada 12 Februari 2014.

(c) Di bawah seksyen 85 A, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 setiap bangunan tinggi yang melebihi 5 tingkat ke atas dan melebihi 10 tahun dari tarikh Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) hendaklah mengemukakan satu laporan struktur oleh pemilik bangunan melalui Jurutera bertauliah yang dilantik. Peruntukan ini bantu memastikan keselamatan bangunan tinggi di dalam negeri.
Kembali