MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Apakah rancangan pembangunan di Pulau Jerejak terutamanya pembangunan pelancongan?
Dun -
Exco YB. LAW HENG KIANG
Perkara Pembangunan

Jawapan
24. Pembangunan sebahagian Pulau Jerejak telah diserahkan kepada Tropical Island Resort Sdn Bhd (TIRSB) yang merupakan sebuah syarikat usahasama di antara UDA Holdings Bhd (UDA) dan PDC dengan ekuiti masing-masing sebanyak 51% dan 49%.

Pada tahun 2013, pihak Lembaga UDA telah memanggil tender secara Request For Proposal (RFP) untuk cadangan pembangunan Pulau Jerejak secara keseluruhan. Cadangan pembangunan ini adalah termasuk komponen pembangunan pelancongan yang akan dimuktamadkan setelah persetujuan dicapai. Cadangan pembangunan secara tender melalui RFP ini telahpun dinilai oleh UDA dan pada ketika ini, Kerajaan Negeri melalui PDC sedang menilai mekanisma terbaik untuk pelaksanaan cadangan pembangunan di Pulau Jerejak.
Kembali