Jawapan
YB DR TENG HOCK NAN MENJAWAB BAGI PIHAK KETUA MENTERI:
2. Buat masa sekarang tanah Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang dimaksudkan [Lot 1402 Sek. 3, Bandaraya Georgetown] sedang diduduki oleh depot bas dan pejabat sedia ada yang sedang digunakan untuk bas-bas Transit Link oleh Syarikat Kenderaan Juara. Sebahagian baki lot ini telah dibangunkan 4 blok rumah panjang (40 unit) sebagai perumahan penempatan semula oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan sebahagian lagi telah disewa kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang untuk pembinaan gerai. Tapak ini hanya dapat dikosongkan pada akhir tahun 2000. Memandangkan lokasinya yang strategik di pinggir pusat bandar dan KOMTAR, tanah Majlis tersebut adalah sesuai untuk dirancang bagi pembangunan komprehensif termasuk perumahan, komersial, depot dan pusat pengangkutan, kemudahan masyarakat dan sebagainya. Cadangan-candangan ini ada dalam kajian MPPP dan akan dimasukkan dalam rancangan-rancangan tempatan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Pembangunan, MPPP dan pakar rundingnya.
Jabatan Perancangan Bandar dan Pembangunan, MPPP difahamkan telah membincangkan perkara ini sebanyak dua kali di peringkat Jabatan dan satu kali di mesyuarat Penyelaras Penyediaan Rancangan Tempatan dengan perunding kawasan Georgetown.