MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi banjir di Pulau Pinang dan berapa banyak wang yang telah dibelanja oleh kerajaan.
Dun -
Exco
Perkara Peruntukan Kerajaan

Jawapan
Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir adalah seperti berikut:
(i) MPSP telah melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf parit dan pintu air untuk menyelesaikan masalah banjir di taman-taman perumahan. Disenaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan oleh MPSP dan jumlah yang telah dibelanjakan mengikut tahun dari Januari 2008 hingga September 2014 seperti di Lampiran A.
(ii) MPSP juga telah membina Rumah Pam Kawalan Banjir di taman perumahan yang mempunyai masalah banjir. Rumah pam ini dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya dapat beroperasi dengan baik sewaktu hujan lebat. Disenarai rumah pam di bawah seliaan MPSP seperti di Lampiran B.
(iii) Pihak JPS Pulau Pinang sedang dalam proses penyediaan Pelan Induk Tebatan Banjir dan Sistem Saliran untuk Daerah Seberang Perai Tengah. Kajian ini telah bermula pada 1 Mei 2014 dan dijangka siap pada 30 April 2015. Kos kajian ini adalah sebanyak RM 1.5 juta. Kerajaan negeri juga telah bersetuju pada 2 Oktober 2014 meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.75 juta untuk pihak JPS melantik perunding menyediakan Pelan Induk Tebatan Banjir dan Sistem Saliran untuk Daerah Seberang Perai Selatan. Sehubungan itu, pihak JPS sedang dalam proses melantik perunding yang berkelayakan untuk tujuan tersebut. Kajian pelan induk ini akan menyediakan :
(a) Pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir dan sistem saliran sediada dan akan datang dengan menyediakan satu pelan induk yang menyeluruh yang merangkumi aspek kawalan kuantiti dan kualiti selaras dengan keperluan MASMA untuk kawasan Seberang Perai Tengah.
(b) Pelan dan garis panduan kawalan hakisan dan sedimen bagi aktiviti-aktiviti pembangunan tanah, kerja tanah dan sebagainya di peringkat kawalan di punca.
(c) Pelan bahaya banjir (flood hazard map) bagi membantu pihak JPS mengenalpasti kawasan yang mudah banjir dengan lebih menyeluruh.
(d) Pelan aras platform untuk tujuan pembangunan akan datang untuk mengelak berlakunya banjir kilat.
(iv) MPSP sentiasa memantau projek-projek pembangunan dijalankan dari masa ke semasa bagi memastikan pemaju mengikut spesifikasi Pelan Jalan dan Parit yang ditetapkan terutama dari segi penyediaan kolam tadahan dan penyelenggaraan parit-parit dalam kawasan pembangunan yang sedang dilaksanakan.
(v)Skuad Khas MPSP diberi tanggungjawab untuk memantau keadaan parit-parit monsun dan saliran perparitan di seluruh kawasan Seberang Perai khususnya kawasan berisiko banjir dan menjalankan pembersihan dari masa ke semasa bagi mengelakkan saliran tersumbat.
(vi) “Pasukan Respon Perbandaran” ditubuhkan oleh MPSP bagi membantu semasa banjir untuk membersihkan sampah yang dihanyutkan oleh air ke perangkap sampah dan sampah yang menyebabkan saluran tersumbat supaya aliran air berjalan lancar.
(i) Sebaliknya bagi kawasan Pulau tindakan yang dilakukan adalah seperti berikut:-
(I) Pihak MPPP juga mensyaratkan sumbangan peparitan yang dikenakan kepada pemaju iaitu sebanyak RM50,000 untuk seekar. Sumbangan-sumbangan yang dikutip akan diguna untuk menjalankan projek tebatan banjir.
(ii) Dari segi pembersihan, langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi banjir di Pulau Pinang adalah seperti berikut:
(a) Mempertingkatkan kemudahan dan operasi pembersihan parit termasuk parit besar seperti berikut:
(i) Pembersihan parit-parit utama secara mekanikal dengan menggunakan jentera pembersihan Art Gully Emptier sebanyak 3 unit. Perancangan telah dibuat untuk pembelian sebanyak 4 unit tambahan bagi pembekalan untuk keseluruhan kawasan perkhidmatan pada awal tahun 2015.
(ii) Penswastaan pembersihan parit besar sebanyak 15 buah pakej dengan melibatkan 28 buah parit seperti di Lampiran C.


(iii) Mewujudkan skuad pemantauan dan tindakan operasi bencana mengikut kawasan Parlimen untuk menyelaraskan mekanisme dan mengenalpasti punca kejadian kejadian banjir. Pasukan ini juga bertindak serta membantu mencegah kejadian banjir melalui kaedah control at source serta mengenal pasti punca kejadian banjir dan merancang langkah-langkah pemulihan operasi pembersihan
(b) Perbelanjaan untuk operasi pembersihan adalah seperti berikut:

(i) Perbelanjaan modal untuk pembelian Art Gully Emptier adalah sebanyak RM 1,129,300 bagi tahun 2013 dan RM 2,400,000 diperuntukkan bagi tahun 2015.
(ii) Perbelanjaan bagi pembersihan parit besar sebanyak RM163,622.00 bagi satu pusingan.
(iii) MPPP menjalankan projek-projek mitigasi banjir untuk mengurangkan impak masalah banjir kilat dalam kawasan bandar. Di antara projek-projek tebatan banjir yang telah dirancang untuk mengurangkan masalah banjir kilat dalam kawasan ‘hotspot’ adalah seperti di "Lampiran D".
(iv) Dari segi kawalan pembangunan, MPPP telah mensyaratkan di dalam Kelulusan Permohonan Pelan Kebenaran Merancang untuk mematuhi kehendak-kehendak teknikal termasuk Jabatan Pengairan Dan Saliran dan Jabatan Alam Sekitar. Kehendak dan syarat kebenaran merancang tersebut akan diperincikan di peringkat Pelan Jalan Dan Parit dan Pelan Kerja Tanah. Perincian tersebut termasuklah kaedah-kaedah pengawalan banjir semasa pembinaan dijalankan dan juga apabila pemajuan telah siap di tapak.

(v) Laporan pelaksanaan projek tebatan banjir yang akan datang dan sedang berjalan oleh MPPP seperti di Lampiran E.


Disediakan Oleh: Hasnah Sulaiman (012-443 2112)
Disemak oleh : Mohd Lokman Hakim Bin Syed Sultan (017-4779796)
Kembali