MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Datok Keramat (Y.B. Encik Lim Boo Chang) bertanya kepada Ketua Menteri: 8. Berapakah unit rumah pangsa perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diadukan bocor dalam tempoh sebelas bulan yang lalu? Sila beri butir-butir. Nyatakan unit-unit yang belum dibaiki dan sebab-sebabnya. Bilakah unit-unit itu akan diperbaiki?
Dun -
Exco YB DATO' HAJI ABDUL RASYID BIN ABDULLAH
Perkara -

Jawapan

YB DATO' HAJI ABDUL RASYID BIN ABDULLAH MENJAWAB BAGI KETUA MENTERI:

8. Dalam tempoh sebelas bulan yang lalu Kerajaan Negeri telah menerima 643 aduan kebocoran dari unit rumah pangsa, 221 unit daripadanya telah dibaiki dan baki sebanyak 422 lagi akan dibaiki dimasa hadapan tertakluk kepada peruntukan mencukupi. Kedudukan aduan mengikut rancangan perumahan adalah seperti di bawah:-

Pembaikan tidak dapat dijalankan serentak ke atas semua aduan memandangkan peruntukan adalah terhad. Selain dari membaiki kebocoran, Kerajaan Negeri juga perlu menjalankan lain-lain kerja penyelenggaraan di rancangan perumahan berkenaan.

Kedudukan Aduan Kebocoran Yang Diterima.


Bil. Rancangan Perumahan Bil. Aduan Baiki Baki Catatan/Huraian
1. Rifle Range, Air Itam, P. Pinang. 92 38 54 Kebanyakan kebocoran melibatkan tandas/bilik mandi, ruang dapur, bilik tidur dan ruang tamu.
2. Kampong Melayu, air Itam,P. Pinang. 20 20 - - sama -
3. Paya Terubong, air Itam, P. Pinang 12 10 2 - sama -
4. Taman Run Sardon 1, Gelugor, P. Pinang. 3 3 - - sama -
5. Taman Tun Sardon II, Glugor, P. Pinang. 57 57 - - sama -
6. Taman Free School 288 30 258 - sama -
7. Noordin Street Ghaut 4 4 - - sama -




8. Taman Tun Dr. Awang, Bagan Ajam, Butterworth, S. Perai 122 23 99 - sama -
9. Jalan Mohd. Saad, S. Perai 11 5 6 - sama -
10. Rumah Pangsa Jawi III 5 5 - - sama -
11. Rumah Pangsa Teluk Bahang, P. Pinang. 1 1 - - sama -
12. Rumah Pangsa Mak Mandin 1, Seberang Perai. 10 10 - - sama -
13. Rumah Pangsa Mak Mandin Hijau, Seberang Perai. 13 10 3 - sama -
14. Rumah Pangsa Seberang Jaya, Seberang Perai. 5 5 - - sama -
JUMLAH 643 221 422

Kembali