MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Apakah status terkini skim pemeriksaan mamogram percuma Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Sila senaraikan jumlah orang yang mendapat manfaat skim ini mengikut KADUN dari tahun 2013 hingga sekarang.
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Skim Pemeriksaan Mammogram Percuma Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih belum lagi dimulakan. Pelawaan RFP telah dibuka pada 21 Mei 2014 yang lalu dan ditutup pada 2 Julai 2014 dan kini diperingkat untuk pertimbangan lembaga perolehan setelah dinilai. Apabila program ini berjalan di jangkaan akan memberi manfaat kepada seramai 1040 orang wanita setahun dan ianya dirancangkan untuk dijalankan pada setiap hari.
Kembali